Harapkan pagar…pagar takder gigi

Ahli UMNO perlu abai kepentingan diri: Mahathir

JITRA: Ahli UMNO perlu kembali kepada matlamat perjuangan asal penubuhan parti itu, iaitu untuk agama, bangsa dan negara serta mengetepikan kepentingan diri bagi membolehkan Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, ahli UMNO juga perlu membebaskan diri daripada penyakit kritikal yang membelenggu mereka, iaitu menikam dari belakang serta cantas mencantas kerana budaya itu hanya melemahkan parti. 
“Dulu kita (orang UMNO) sanggup berkorban apa saja untuk parti… sanggup gadai barang kemas dan sebagainya untuk membantu parti, tetapi sekarang mereka pegang jawatan sebab hendak dapat kontrak, jadi calon atau sebab tertentu. 
 
“Kita kena kembali kepada perjuangan asal UMNO yang mengutamakan kepentingan agama, bangsa dan tanah air melebihi kepentingan diri.

“Jika diadakan PRU waktu ini, UMNO boleh kalah besar kerana sokongan dan semangat mereka sudah pudar,” katanya selepas berucap di Perhimpunan Perdana Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Siri Kedua peringkat negeri di sini, semalam.

Dr Mahathir yang menyifatkan sikap negatif ahli UMNO itu sebagai penyakit yang kritikal berkata, BN boleh menang besar pada PRU nanti sekiranya masalah itu dapat dihapuskan.

Katanya, masalah berpuak-puak dalam UMNO juga adalah serius dan jika tidak ditangani akan menyebabkan perpecahan dalam parti sehingga menyukarkan BN mengukuhkan semula kedudukan di Parlimen serta merampas negeri yang terlepas ke tangan pembangkang.
Beliau berkata, walaupun masa semakin singkat bagi UMNO memperbaiki kelemahan di kalangan ahlinya berikutan PRU semakin hampir, ia boleh dicapai jika wujud kesedaran yang mendalam di kalangan ahli.

Hendak membina rumah, tiang seri kenalah kuat..kalau tidak robohlah rumah …

Hudud: Kukuhkan dahulu Islam agama Persekutuan

IPOH 2 Okt. – Kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan perlu diperkukuhkan terlebih dahulu sebelum mana-mana pihak mahu melaksanakan hukum hudud di negara ini.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, ia dapat dilakukan di peringkat Kerajaan Pusat dengan memperkasakan Perlembagaan sebagai institusi perundangan tertinggi negara.
Beliau berkata, senario semasa menunjukkan banyak isu melibatkan kepentingan Islam tidak dapat ditangani walaupun Perlembagaan jelas meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara kerana Islam hanya dilaksanakan di peringkat negeri pada masa ini.
‘‘Dalam Perlembagaan, agama lain tidak boleh disebarkan kepada orang Islam tetapi apa tindakan Kerajaan Persekutuan dan polis. Apabila tidak ada undang-undang yang kukuh, inilah yang berlaku, orang tidak hormat Islam.
‘‘Begitu juga dalam perbicaraan melibatkan konflik antara Islam dan agama lain. Islam mesti diutamakan tetapi kenapa agama lain diutamakan? Sebab pentadbiran Persekutuan tidak laksana,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Harussani juga menegaskan bahawa mata pelajaran Pengajian Islam perlu diwajibkan kepada semua pelajar di sekolah sebagai antara usaha memperkukuhkan kedudukan Islam di negara ini.
Di samping itu, beliau menggesa supaya perkara-perkara utama lain dalam Perlembagaan seperti kedudukan hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera, raja-raja Melayu dan bahasa Melayu mesti diperkukuhkan.
‘‘Sekarang, kebanyakan surat perjanjian ditulis dalam bahasa Inggeris, malah peguam juga menggunakan bahasa Inggeris dalam mahkamah seolah-olah Malaysia ini negara orang putih.
‘‘Bahasa Melayu sudah tidak ada nilai di negara ini sedangkan bahasa Melayu dulu diguna pakai di seluruh Kepulauan Melayu dan Asia. Kita sendiri yang merendahkan bahasa,” katanya.
Dalam pada itu, Harussani melahirkan rasa kecewa beliau terhadap sikap dingin yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia semasa menyambut Hari Kemerdekaan baru-baru ini.
‘‘Semua orang patut wajib menyambut Hari Kemerdekaan sebagai sebuah parti dan mereka yang tidak mengambil bahagian adalah tidak patriotik. Yang mengecewakan, yang menyambut 99 peratus adalah Melayu, seolah-olah merdeka ini milik kerajaan,” ujarnya.

KEADILAN DALAM ISLAM.

Islam mahu manusia menghukum dengan adil – Tun M

KUBANG PASU 2 Okt. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, adalah tidak adil sekiranya Pas melaksanakan hukum hudud di negara ini dengan melibatkan orang Islam sahaja dan bukan Islam pula dikecualikan daripada hukuman itu.
Menurut beliau, ajaran Islam mahukan manusia menghukum dengan adil atas kesalahan yang dilakukan.
Katanya, pelaksanaan hukum hudud di negara ini sepatutnya mengambil kira keadaan rakyat negara ini yang mempunyai pelbagai agama.
“Dalam negara kita terdapat penduduk berbilang agama, kalau 100 peratus Islam, tak mengapalah. Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kata hudud hendak dilaksanakan untuk orang Islam sahaja. 
“Jadi apabila dua orang mencuri, seorang beragama Islam dan seorang lagi bukan Islam, yang seorang potong tangan (dan) yang seorang lagi masuk penjara. Adilkah itu?
“Barang kali bagi Nik Abdul Aziz adil, bagi saya tak adillah. Sama-samalah kalau potong tangan, potong tangan. Kalau nak masuk dalam jel, masuk jel sama-sama,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada majlis Perhimpunan Perdana Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kedah Siri 2 Dewan Wawasan Jitra di sini hari ini.
Menurutnya, adalah tidak adil sekiranya jenayah yang sama tetapi hukuman adalah berbeza jika ia dilakukan oleh dua orang berlainan agama.
Beliau ditanya mengenai pendirian Pas yang masih berharap untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini jika pembangkang mengambil alih pentadbiran Kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Nik Abdul Aziz semalam dilaporkan berkata, pelaksanaan hukum hudud hanya melibatkan orang Islam dan masyarakat bukan Islam seharusnya tidak perlu risau.
Menurut Dr. Mahathir, kerajaan bukan tidak setuju dengan hukum hudud tetapi keadaan dalam negara ini yang mempunyai berbilang agama menjadikannya tidak sesuai dilaksanakan.
Ditanya mengenai sama ada bekas ketua gerila komunis Malaysia, Chin Peng yang dilaporkan sedang sakit patut dibenarkan pulang ke negara ini, Dr. Mahathir berkata, ia perlu mengambil kira sensiviti orang ramai.
Katanya, walaupun mungkin ada rakyat yang memaafkan Chin Peng, lebih ramai yang tidak dapat menerima perbuatannya itu yang memberi kesan kepada kehidupan mereka.
“Dia pilih untuk mengkhianati negara. Walaupun ada orang yang mungkin hendak memaafkan dia, tetapi lebih ramai yang tidak akan memaafkannya kerana mereka kehilangan keluarga dalam peperangan, putus kaki dan tangan. Kita kena fikir perasaan orang itu sama, jangan fikir tentang perasan Chin Peng sahaja,” ujar beliau.

PUCUK PANGKALNYA HATI DAN DIRI SENDIRI

Diceduk dari blog tungkaranhati.blogspot.com

Berwaspada Daripada Terlibat Noda, Dosa Di Hujung Jari!

DUNIA di hujung jari adalah ungkapan yang sering didengar. Ia merupakan suatu fenomena yang mana segala perkara dan maklumat yang berlaku di segenap penjuru dunia boleh diketahui dengan segera melalui kepantasan pelbagai jaringan laman sesawang yang wujud ketika ini.
Namun dosa di hujung jari jarang diperkatakan sehingga ramai yang tanpa sedar terjebak dengan elemen-elemen negatif di sebalik kecanggihan teknologi garapan akal pemikiran manusia yang terhad. Lebih membimbangkan apabila masyarakat Islam secara umumnya terdedah kepada perlakuan dosa di alam maya yang menyumbang pula kepada gejala sosial dan moral yang berpanjangan.
Baru-baru ini, Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim mendedahkan betapa perceraian di kalangan umat Islam di Malaysia semakin membimbangkan. Purata satu pasangan Islam bercerai setiap 15 minit adalah satu statistik yang menunjukkan bagaimana nilai kasih sayang dan tanggungjawab dalam membina sebuah institusi kekeluargaan Islam mula tercemar dek kerana kurang pemahaman terhadap selok-belok dan peraturan agama.

Akibatnya anak-anak jugalah yang menjadi mangsa dan berkemungkinan menyumbang pula kepada peningkatan statistik salah laku sosial dan moral di kalangan muda-mudi Islam.

Ini ditambah lagi dengan kewujudan laman sembang sosial seperti Facebook, Twitter, MySpace dan lain-lain yang disalahgunakan. Ada pasangan suami isteri tanpa sedar telah bermain kayu tiga sambil memadu kasih di Internet. Akibat terlalu asyik bersembang lalu segala macam masalah rumah tangga diluahkan kepada individu maya yang tidak dikenali. Kemungkinan juga terdapat pihak tertentu yang mengambil kesempatan daripada situasi yang berlaku.

Ada pula yang telah bergelar suami dan isteri berlagak seperti anak muda apabila bertemu kekasih maya sehingga asyik bercinta walaupun anak berderet dan rumah tangga tidak terurus sehingga terlibat pula melakukan dosa zina dan mengundang perceraian yang dimurkai Tuhan.

Kalangan pelajar sekolah juga turut terpalit sama. Ada yang leka bersembang siang dan malam sehingga tugasan mengulang kaji pelajaran terabai. Pelbagai laman sesawang yang berunsur pornografi juga mudah diakses di mana-mana lalu menimbulkan keghairahan dan keinginan untuk mencuba sekali gus membawa kepada jenayah seksual dan rogol yang menakutkan.

Laporan akhbar juga menyebut bagaimana sindiket pengedaran dadah antarabangsa menggunakan laman Facebook untuk merekrut keldai dadah bagi penghantaran ke seluruh dunia. Penyalahgunaan ini juga turut melanda golongan pekerja apabila ada yang sibuk bersembang di alam maya daripada menyelesaikan tugasan yang diamanahkan.

Begitulah hebatnya kecanggihan teknologi masa kini yang seakan berjaya melalaikan umat Islam daripada tanggungjawab ibadah secara kolektif guna untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Tidak keterlaluan jika dikatakan ia sebagai musuh bentuk baru yang berusaha untuk merosakkan pemikiran dan hala tuju kehidupan umat Islam secara umumnya.

Memang tidak dinafikan, kecanggihan teknologi ICT seperti ini boleh dimanfaatkan sebagai mekanisme perhubungan antara sesama kerabat, rakan dan taulan dengan kos yang murah, pantas dan menyeronokkan. Malah dalam konteks hubungan ukhuwah Islamiah pula ia boleh menjadi mekanisme untuk mempertaut hubungan yang diperintahkan agama sehingga menjadikan umat Islam benar-benar bersaudara walau di mana sahaja mereka berada.

Sungguhpun demikian, umat Islam secara khususnya diminta berwaspada dan berhati-hati daripada terlibat dengan noda dan dosa saban hari. Ini dapat dilakukan misalnya dengan pemantauan ibu bapa terhadap kegiatan anak-anak terutama ketika melayari internet di rumah.

Amalan buruk seperti bersembang di internet tanpa mempedulikan solat mahupun tugasan yang dipertanggungjawabkan menyumbang kepada kemurkaan Allah SWT lagi ditegah oleh agama. Sedarlah juga betapa umur yang ada semakin meningkat setiap tahun sedangkan masa yang tinggal untuk memperbanyak amal semakin berkurangan.

Pastinya sukar untuk pihak berwajib mengharamkan akses kepada pelbagai laman sesawang termasuk laman sembang sosial, pornografi dan lain-lain secara total. Namun begitu setiap individu Muslim diseru sentiasa memuhasabah dan menilai diri sendiri dalam apa jua kegiatan yang dilakukan.

Ini penting bagi mengelak sesuatu yang memudaratkan berlaku ke atas pegangan akidah, amalan syariah dan akhlak umat Islam. Ia juga sangat bertepatan dengan objektif syariah yang bertujuan untuk memelihara kepentingan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta manusia daripada diceroboh oleh anasir luaran yang merosakkan.

Penyalahgunaan Internet yang mula dibicarakan akhir-akhir ini jika tidak dibendung kemungkinan menyumbang pula kepada masalah-masalah lain yang lebih kronik jika tidak di atasi dengan segera. Mana tidaknya budaya fitnah-memfitnah, hasutan dan memburuk-burukkan sesama sendiri seakan-akan berkembang subur dan sukar dielakkan. Lebih membimbangkan lagi apabila rahsia-rahsia peribadi mula dijaja sana-sini oleh pihak yang tidak bertanggungjawab guna untuk mengaibkan sesama sendiri.

Keburukan ini semakin terserlah apabila ada pihak yang terlibat menyebarkan berita-berita palsu menerusi internet tanpa menyedari betapa mereka boleh tergolong dalam kelompok golongan fasik yang dimurkai Tuhan.

Untuk itu berusahalah untuk memanfaatkan segala kemudahan yang ada untuk mengabdikan diri kepada-Nya dengan berhati-hati. Jika tidak ia bakal menjadi musuh dalam selimut yang boleh merosakkan keharmonian hidup manusia pada bila-bila masa dengan terlibat melakukan pelbagai dosa tanpa disedari.

Oleh : Mohd Ali Muhamad Don
Pensyarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam,
UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru

PUCUK PANGKALNYA HATI DAN DIRI SENDIRI

 Dicedok dari tungkaranhati.blogspot.com

Peniaga2 patut diberi amaran keras…kerajaan nak tolong tapi peniaga cekik darah cam polong…

Bajet 2012 kurangkan beban rakyat – Muhyiddin

Utusan Online

DUNGUN 20 Sept. – Bajet 2012 yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, memberi perhatian kepada isu-isu yang menjadi keluh-kesah rakyat terutama mengurangkan bebanan peningkatan kos sara hidup.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin bajet itu terarah kepada kepentingan rakyat umum dan beliau berharap semua pihak bersabar menunggu pembentangan oleh Perdana Menteri kelak.

“Wallahualam…apa yang terkandung dalam bajet itu, kita berharap ia akan menyentuh perkara yang dapat mengurangkan kos bebanan rakyat. 

“Apa yang kita alami sekarang mempunyai kaitan dengan krisis ekonomi yang turut melanda negara-negara Eropah dan membawa limpahan kesannya ke negara ini, justeru kerajaan akan terus berusaha menanganinya agar tidak menjejaskan rakyat,” katanya. 

Beliau menyatakan demikian ketika berdialog pada majlis Perjumpaan Khas Bersama Kepimpinan Masyarakat Tempatan, Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan, Swasta, Industri dan Badan-Badan Bukan Kerajaan, di sini hari ini.

Lebih 1,000 orang hadir pada majlis yang diadakan di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin di sini dan program itu merupakan satu aturcara lawatan sehari ke negeri ini.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang.

Muhyiddin kemudiannya turut bersama dalam Majlis Ramah Mesra dan Jamuan Rakyat sempena Aidilfitri bersama lebih 10,000 orang di padang Dewan Merdeka.

Muhyiddin menegaskan, bagi meringankan bebanan rakyat, kerajaan akan mengambil kira keupayaan kewangan kerajaan dalam menggerakkan pendekatan dan pengenalan bentuk-bentuk bantuan dan pada masa sama mengawal defisit negara.

Beliau menarik perhatian, sebagai sebuah kerajaan yang sentiasa prihatin akan kebajikan rakyat, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan pastinya akan mengambil kira semua aspek yang memberi kebaikan dan kesejahteraan kepada rakyat.

Sementara itu, ketika berucap pada majlis berkenaan, Muhyiddin berkata, langkah memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah selaras dengan kematangan rakyat dan perubahan keadaan.

Muhyiddin bagaimanapun mengingatkan, pemansuhan itu tidak bermakna semua pihak termasuk mereka yang bersifat pelampau dan cuba mengganggu-gugat keamanan dan keselamatan negara, boleh terlepas daripada tindakan undang-undang.

Beliau menjelaskan, pemansuhan akta ISA itu tidak bermakna rakyat boleh melakukan semua perkara sesuka hati seperti yang dibimbangkan oleh sesetengah rakyat.

“Pemansuhan akta itu diharap memberi ruang kepada rakyat untuk menghayati demokrasi yang lebih tulen, namun rakyat perlulah matang dan bertanggungjawab terhadap apa jua tindakan dan perlakuan mereka,” katanya.
Komen:  Semoga ada yang baik untuk diberikan kepada rakyat pada 2012…mmg tertunggu2 pengumuman itu.. berkenaan ISA tu plak, ramai yang matang tapi ramai yang dah tua nak mampos tapi tak matang2 macam si sabun tu…baru nak belajar sejarah..itu perlunya ISA atau akta baru yang serupa dengannya…jangan kerana org2 yang seperti ini keselamatan negara terancam…

sampai bila2 pun tak selesai kalau dilayan sangat

Oleh Shaarani Ismail
shaarani@bharian.com.my
2011/09/21

Isu amah selesai minggu depan
Indonesia dijangka umum langkah tarik balik pembekuan tak lama lagi

KUALA LUMPUR: Isu pembekuan pembantu rumah Indonesia ke Malaysia dijangka selesai minggu depan, demikian penjelasan Ketua Umum Gabungan Pengusaha Profensi Tenaga Kerja Indonesia (GAPPRO), Benny Kamaruddin. 

Beliau berkata, kelewatan menarik balik pembekuan itu berlaku disebabkan Kerajaan Indonesia sedang dalam proses memperkukuhkan beberapa mekanisme penyelesaian yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

“Mekanisme yang ada ketika ini masih belum sempurna, oleh itu pada Julai lalu ia diteliti semula dan diperkemaskan kembali.

“Antara perkara yang diperincikan termasuk pusat latihan pembantu rumah di Malaysia, kualiti latihan dan jaminan membabitkan kedua-dua pihak,” kata beliau ketika dihubungi di Jakarta, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas laporan media di negara ini semalam, bahawa Malaysia mempersoalkan tindakan Indonesia yang terus membekukan proses penghantaran pembantu rumahnya ke negara ini walaupun kedua-dua negara sudah menandatangani MoU mengenainya di Bandung, Mei lalu.

Benny berkata, pembekuan itu sepatutnya ditarik balik awal bulan ini tetapi disebabkan Aidilfitri, pengumumannya dilewatkan.

“Kita difahamkan, pengumuman mengenainya (menarik balik pembekuan) akan dibuat wakil Kerajaan Indonesia secara rasmi dalam tempoh terdekat dan diharapkan majikan di Malaysia dan semua pihak terbabit dapat bersabar,” katanya.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Kebangsaan Agensi Pekerja Asing Malaysia (PIKAP), Datuk Raja Zulkepley Dahlan, turut senada dengan GAPPRO dan menjelaskan isu itu sebenarnya sedang diusahakan dan pengumuman rasmi mengenainya akan dibuat minggu depan.

“Mereka pada dasarnya sudah bersedia, bagaimanapun adalah lebih baik perkara itu diumumkan sendiri Kerajaan Indonesia,” katanya.

Presiden Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing (PAPA), Alvy Bavutty, pula mencadangkan supaya Kementerian Sumber Manusia menyemak dan membuat kajian semula MoU membabitkan pengambilan pembantu rumah warga Indonesia kerana ia didakwa dibuat hanya merujuk kepada satu pihak.

“Jika MoU yang sudah termeterai itu tidak dikaji dan disemak semula, isu membabitkan pengambilan pembantu rumah Indonesia akan terus terbantut kerana syarat ditetapkan dalam MoU berkenaan hanya akan mengakibatkan kerugian kepada agensi pembantu rumah.

“Kerajaan perlu mengkaji semula caj agensi yang ditetapkan dalam perjanjian itu kerana ia tidak menguntungkan agensi baik di Malaysia mahu pun Indonesia,” katanya. 
 
Komen:  Kerajaan Malaysia ni “baik” tak bertempat…sumer abis dilayannya…masalah amah indon ni sampai bila2 takkan selesai sbb org Malaysia bergantung sgt ngan dorang…mcmlah bila takder amah takleh nak handle sendiri..esok malaysia ni penuh ngan org indon ajer…dahlah bahagian binaan, pertanian etc penuh ngan dorang…dalam rumahpun nk simpan dorang gak?  Ada alternative lain sebenarnya…hendak ngan tak hendak ajer…bukan rasis ataupun apa tapi banyak penyakit sosial yang dibawa oleh kumpulan ini…

Singapura didesak mansuh ISA – ADA BRAN?

BHarian, 2011/09/21

Bekas tahanan tuntut ikut langkah Malaysia hapus undang-undang penjajah

SINGAPURA: Sekumpulan bekas tahanan politik Singapura menuntut undang-undang era penjajahan British di republik itu yang membenarkan tindakan menahan tanpa bicara dimansuhkan selepas Malaysia terlebih dulu mengambil tindakan memansuhkan perundangan berkenaan. 

Dalam satu mesej umum yang disiarkan sebuah halaman web bebas dan dilaporkan media prokerajaan semalam, 16 bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berpendapat sudah tiba masanya bagi pihak berkuasa republik itu menghapuskan undang-undang kontroversi berkenaan. 

“Singapura mewarisi ISA dari Malaysia. Undang-undang ini sudah wujud lebih separuh abad dan kesannya adalah merosakkan dan mencacatkan masyarakat,” kata kumpulan bekas tahanan terbabit.

ISA pertama kali dilaksanakan oleh Britain selepas Perang Dunia II untuk menghadapi anggota komunis di negara yang dikenali sebagai Malaya. Perundangan itu diteruskan oleh kerajaan Singapura selepas negara itu bebas dari persekutuan Malaysia pada 1965.

ISA disifatkan oleh pengkritik di kedua-dua negara sebagai alat untuk menyekat kebebasan bersuara.

Bagaimanapun, Singapura terus menolak gesaan pemansuhannya selepas Datuk Seri Najib Tun Razak minggu lalu mengumumkan akan menghapuskan ISA.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat lalu, Menteri Dalam Negeri Singapura, Teo Chee Hean, menyifatkan ISA masih lagi relevan bagi menghadapi ancaman golongan subversif, perkauman dan pelampau agama selain menangani pengintipan dan keganasan.

“Tiada siapa pernah ditahan hanya semata-mata kerana kepercayaan politik mereka,” kata kementerian berkenaan.

Kumpulan itu, bagaimanapun, berkata: “Singapura sudah ada banyak undang-undang untuk menangani keganasan.”

Kumpulan bekas tahanan ISA di Singapura yang membuat gesaan itu termasuk Chia Thye Poh, yang ditahan selama 26 tahun iaitu antara tahanan politik paling lama ditahan di dunia bersama ikon demokrasi Afrika Selatan yang juga bekas presiden, Nelson Mandela.

Chia seorang intelektual sosialis pada 1960-an yang juga ahli parlimen pembangkang yang didakwa seorang subversif komunis, dakwaan yang dinafikan keras oleh beliau.

Tujuh orang lain ditahan pada 1987 kerana didakwa terbabit dalam konspirasi komunis menentang pemimpin Singapura, Lee Kuan Yew, yang juga perdana menteri pada 1959 hinnga 1990.

Lee, 88, meletak jawatan pada Mei sebagai seorang penasihat kepada kabinet anak lelakinya, Perdana Menteri Lee Hsein Loong, berikutan satu pilihan raya umum menyaksikan parti pemerintah kehilangan enam kerusi dan memperoleh peratusan undi paling rendah iaitu 60 peratus. – AFP 
 
Komen:  Singapork takkan berani punya…..konon ajer demokrasi..berkumpul lebih dari 2 orang ajer dah tak boleh…takkan nak hapuskan ISA…ya tak?

Mukjizat & Keajaiban Doa Ibu Bapa

pix_gal0

DOA mempunyai kedudukan mulia di sisi Allah dan Allah menyukai orang yang berdoa kepada-Nya. Doa juga menjadi senjata orang mukmin yang sentiasa mengharapkan reda Allah serta mengimpikan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tiga jenis doa yang pasti akan dikabulkan tanpa diragui lagi; doa orang yang sedang musafir dan doa orang tua ke atas anaknya.” (Hadis hasan al-Tirmizi)

Berdasarkan hadis itu, beruntunglah mereka yang ibu bapanya mendoakan kebaikan kepadanya. Rugilah mereka yang menyebabkan ibu bapa murka sehingga mendoakan sesuatu yang buruk.

Berlaku hari ini kejadian anak derhaka kepada ibu bapa hingga sanggup membiarkan mereka ditempatkan di rumah perlindungan. Malah, ada yang sanggup meninggalkan ibu bapa di tepi jalan.

Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sungguh hina, sungguh hina, sungguh hina! Baginda ditanya: Siapakah wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Orang yang mendapati orang tuanya dalam keadaan tua, sama ada salah seorang atau kedua-duanya, kemudian dia tidak memasuki syurga.” (Sahih Muslim)

Malangnya, ada anak yang tidak takut dengan balasan terhadap perbuatan mereka membiarkan ibu bapa tanpa penjagaan rapi.

Buku Mukjizat dan Keajaiban Doa Ibu Bapa diharap dapat menyedarkan anak betapa tinggi kedudukan ibu bapa hingga Allah memberi kurnia doa yang mustajab kepada kedua-duanya.

Dahsyatnya doa ibu bapa dirakamkan dalam pertemuan Umar al-Khatab dengan Uwais bin Amar yang meminta Uwais meminta ampun untuknya, maka Uwais meminta ampun untuk Umar.

Umar mendengar Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Akan datang kepada kalian Uwais bin Amar bersama pasukan bantuan dari Yaman. (Dia) daripada Murod, kemudian daripada Qarn. Dia dulunya memiliki penyakit belang lalu telah sembuh daripadanya kecuali satu bahagian sebesar satu dirham.

“Dia memiliki seorang ibu yang selalu dia berbakti kepadanya. Jika dia bersumpah dengan nama Allah, nescaya Allah akan makbulkan sumpahnya itu. Jika kamu mampu memintanya dengan memohon ampun untuk kamu, maka lakukanlah.”

Riwayat ini menunjukkan kedudukan ibu bapa terhadap anak dan kepentingan berbuat baik kepada ibu bapa. Doa ibu bapa diterima Allah tanpa sekatan demikian pula besarnya darjat anak yang berbuat baik kepada ibu bapa hingga sumpahnya dibenarkan Allah.

Bagi anak yang tidak menghormati ibu bapa, jangan sampai ibu bapa berdoa keburukan untuk mereka. Ketahuilah, doa ibu bapa memiliki tenaga yang dahsyat sehingga ketaatan kepada Allah dikaitkan dengan ketaatan kepada ibu bapa. 

Judul: Mukjizat dan Keajaiban Doa Ibu Bapa
Penulis: Abd Rahman Mohd Adil
Penerbit: Pustaka Azhar

Pengulas: Hasliza Hassan Harga: RM17

PM umum pemansuhan ISA

Najib Tun Razak bersama jemaah menteri mengibarkan Jalur Gemilang pada Majlis Perutusan Khas Sempena Hari Malaysia di Auditorium Angkasapuri, Kuala Lumpur, semalam. – Utusan/Hafiz Johari

KUALA LUMPUR 15 Sept. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.

Berucap dalam perutusan khas Hari Malaysia yang disiarkan secara langsung di RTM malam ini, beliau turut mengumumkan pemansuhan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa. 

Menurutnya, dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal di bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah supaya ketenteraman dan keselamatan awam sentiasa terpelihara.

“Pokoknya, akta-akta itu nanti bermatlamatkan untuk memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara. 

“Seperti mana yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya semasa saya mula-mula mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 3 April 2009, bahawa ISA akan dikaji secara komprehensif. Sehubungan itu, suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa ISA akan dimansuhkan terus,’’ kata Perdana Menteri.
Najib berkata, melalui undang-undang baru itu kerajaan akan tetap memastikan hak asasi mereka yang terbabit terpelihara. 

“Apa-apa undang-undang yang diperbuat akan mengambil kira hak dan kebebasan asasi berlandaskan Perlembagaan Persekutuan. 

“Undang-undang baru ini juga akan memperuntukkan tempoh tahanan oleh polis yang secara substansialnya lebih pendek daripada apa yang ada sekarang dan apa-apa tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah,’’ ujarnya

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, undang-undang berkaitan keganasan masih dikekalkan bawah kuasa Menteri.

Di dalam ucapannya itu beliau berkata, kerajaan turut memberi komitmen bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik. 

“Kuasa untuk melanjutkan penahanan juga akan beralih daripada badan eksekutif kepada badan kehakiman kecuali undang-undang berkaitan keganasan,’’ katanya lagi.

Beliau menambah, kerajaan juga tidak akan teragak-agak untuk meminda atau memansuhkan undang-undang yang tidak relevan. 

Dalam perkembangan berkaitan, Najib berkata, kajian semula terhadap beberapa undang-undang negara secara lebih komprehensif turut melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

“Bagi Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan sebaliknya akan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga ia dibatalkan,’’ katanya.

Beliau berkata, kerajaan juga akan mengkaji semula Seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.  Namun katanya, kebenaran berhimpun diberikan selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak di samping mengambil kira norma-norma di peringkat antarabangsa.
Komen:  Kita tunggu apa akta  baru yang menggantikan ISA ni ya….harap2 akta baru nanti lebih menjamin keselamatan negara kita dari anasir2 yang boleh mengganggu gugat keselamatan negara…